Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Wednesday, December 12, 2007

JAIM : SILA BERI PERHATIAN !

JAIM : SILA BERI PERHATIAN !

Oleh : Tengku KudinMELAKA, 13 Dis (Penjana) - Penduduk setempat mendesak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak segera memusnahkan sebuah tokong dinamakan 'Datuk Putih Tua' di hujung Jalan PJ 16, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, dekat sini, kerana menghina dan mempersendakan agama Islam.Patung dalam tokong itu dipakaikan kopiah putih, berbaju Melayu, berkain pelikat, tangan kanan memegang keris dan tangan kiri pula memegang tasbih seperti seorang pak haji sedang berwirid.Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit juga mendesak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya mengambil tindakan segera dengan memeriksa status pembinaan tokong berkenaan yang dipercayai dibina di atas tanah rizab MBMB sejak tiga tahun lalu.Menurut Setiausaha Penerangan PAS Melaka, Ustaz Khairul Che Salleh, bahawa patung dalam tokong itu secara tidak langsung menggambarkan satu persendaan terhadap masyarakat Islam hasil daripada pelaksanaan Islam Hadhari."Kesan daripada terjemahan Islam yang liberal (Islam Hadhari) oleh kerajaan Umno maka aqidah umat Islam mudah dipersendakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab."Persoalan hari ini, apakah pihak berkuasa tidak berusaha untuk menyiasat siapa yang punya angkara," kata beliau.Katanya, kewujudan tokong berkenaan dan cara patung yang dipakaikan kopiah sambil memegang tasbih menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Islam setempat, malah mencemarkan pemandangan di kawasan itu.Pada dinding tokong tersebut juga terdapat tulisan 'Datuk Putih Tua' ditulis dengan huruf jawi yang jelas mempersendakan Islam, sebatang tongkat, sebilah keris yang bersarung, buah limau dan sekampit beras.