Ke mana Pak Lah nak bawa kita ?
Hari ini hariraya Aidiladha Pak Lah mengajak kita berkorban macam dia, hari ini kita lihat beliau pergi ke kubur ibunya bersama isteri tercinta yang lengkap menutup aurat sedang menabur bunga di pusara ibunya.
Sungguh terharu kita melihatnya, terbayang di hati bahawa PM kita ini seorang yang lemah-lembut, pengasih, menghormati ibu dan nampak baik orangnya. Saya bukannya nak membodek apatahlagi nak mengampu PM yang suka tidur ni tapi ada satu kemusykilan di fikiran saya mengapa Pak Lah memperlihatkan kelembutannya di kala negara sedang bergolak dek pelbagai isu besar sekarang ini.
Apakah beliau ingin menarik balik wajah sebenar beliau yang begitu bengis pada perhimpunan Umno baru-baru ini yang menggugut rakyat agar tidak turun berdemonstrasi menyertai perhimpunan anjuran BERSIH dengan kata-kata yang cukup masyhur "Jangan cabar saya".
Ada yang menafsirkan bahawa kata-kata itu sebenarnya adalah hasil kreatif menantunya yang begitu berhantu iaitu Khairy Jamaludin Raja Beruk Malaysia sebelumnya ketika berucap pada perhimpunan Umno. Semua orang tahu dan bukan rahsia lagi bahwasanya PM kita ini lebih kurang macam boneka cuma mengikut telunjuk Raja Beruk itu seperti yang dibangkitkan oleh mantan PM suatu ketika dulu.
Lalu dengan tak semena-mena Pak Lah yang dikenali dengan watak lemah-lembut, berbudi-bahasa,alim,warak dan keturunan orang baik-baik, tiba-tiba menyerlahkan dirinya yang sebenar, bengis, garang seperti harimau yang kematian isteri, mengulang berkali-kali 'jangan cabar saya' dan ditujukan kepada rakyat jelata yang merasakan telah ditipu hidup-hidup.
Tapi cabaran beliau itu telah dijawab oleh ratusan ribu rakyat yang tidak gentar sedikitpun berhadapan dengan kerajaan zalim, ganas dan pekak-badak. Kerana apa, kerana rakyat sudah bosan, jijik, meluat dan menyampah kepada PM serta menantunya yang beruk tu.
Pak Lah sebenarnya sudah tersilap langkah, tariannya telah sumbang kerana mengikut menantunya pada kali ini lalu beliau cuba memulakan kembali rentak lama, tarian lama tetapi dengan cara yang baru pada hariraya korban ini. Beliau berlakon lagi.
Hentikanlah wahai Pak Lah kami dah begitu meluat !

<< Home