Pilihan raya, jalan raya dan hantu raya
TG KUDIN
Apabila tiba musim pilihan raya pelbagai kisah suka duka akan mewarnai suasana politik di Malaysia yang tidak sunyi dengan kejutan demi kejutan daripada kisah Najib-Antantuya hinggalah kepada video Chua Soi Lek yang mengerikan itu!
Pilihan raya bukanlah jalan raya, balai raya dan hantu raya walaupun kadang-kadang ianya begitu sinonim dengan suasana politik di Malaysia dan sering diperkatakan oleh semua yang terlibat ketika berkempen ataupun berceramah misalnya pengundi hantu malahan dikategorikan oleh SPR sebagai spesis hantu raya yang layak mengundi.
Setiap kali itu juga kita akan mendengar khusunya di Melaka ini Umno/BN menggunakan segala kemudahan awam sebagai hakmilik parti mereka seperti balai raya, sekolah dan dewan orang ramai, hatta masjid sekalipun dipergunakan kerana mereka menggangap kemudahan awam itu disediakan oleh kerajaan dan kerajaan itu Umno/BN.
Jadi mereka tanpa berasa bersalah dengan muka yang tak tahu malu menggunakan segala kemudahan jentera kerajaan untuk berkempen pilihan raya seperti menjadikan balai raya sebagai bilik gerakan Umno, sedangkan pada PRU 2004 lalu mereka telah mengakuinya dengan memindahkan ke bawah khemah kerana Umno tiada bilik gerakan.
Kebebalan yang membelenggu mereka ini adalah kerana berjayanya fahaman jahiliah ini dipaksakan ke atas orang Melayu Melaka yang pernah suatu ketika dulu gah dan hebat di serata dunia, tetapi kini hanya tinggal kenangan dan tersimpan di dalam muzium yang banyak di negeri ini iaitu hampir 21 muzium.
Perancangan
Usaha kuat dan komitmen yang bersungguh-sungguh sangat dituntut dalam perjuangan, tetapi ia hendaklah disertai dengan perancangan yang jitu dan mantap, kemudian baharulah boleh dijayakan dengan gerakkerja yang teratur atau tersusun.
Sekiranya kita bertindak tanpa perancangan yang teliti atau bertindak secara semberono akan mengakibatkan gerakkerja kita menjadi kelam-kabut dan bercelaru serta wujudnya pembaziran, lantas segala usaha tersebut menjadi sia-sia.
Di sini perlunya kepekaan seseorang pemimpim dalam mengkaji kemampuan sebenar atau realiti semasa yang berpijak di bumi yang nyata kumpulan atau organisasinya dalam mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan yang dicita-citakan.
Kita sebenarnya tidak hanya boleh mengikut semangat yang berkobar-kobar sahaja tanpa menilai keperluan dan kemampuan kita, sebagai contoh kita begitu bersemangat dan berhasrat ingin berkahwin empat sedangkan kemampuan kita dari segi zahir dan batin terbatas, tidakkah ini akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari kelak?
'Ukur baju di badan sendiri' sebenarnya pepatah yang amat sesuai untuk kita jadikan sebagai kayu pengukur bagi seseorang pemimpin dalam menentukan sesuatu perancangan dan halatuju sesebuah organisasi.
Budaya politik di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak boleh disamakan dengan Melaka yang mempunyai perbezaan ketara dari segi geografi dan sosio-budaya masyarakatnya.
Orang Melaka tak makan budu tapi makan cencalok, mereka tak makan laksa tapi makan asam pedas, di Kelantan tiada kedai nombor ekor tetapi di Melaka perbincangan mengenai nombor ekor menjadi perkara biasa di kedai kopi oleh golongan tua dan muda, malahan sebelum ini terdapat agen empat nombor ekor haram mengutip wang pertaruhan di kedai kopi dengan megahnya.
Pemimpin yang bijak ialah mereka yang berjaya menggabungkan dan mengadunkan kepelbagaian unsur di dalam organisasi yang terdiri dari pelbagai kekurangan dan kelebihan sebagai suatu resepi bagi mencapai kejayaan.

<< Home