Tsunami melompat di Melaka
TG KUDIN
Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 baru sahaja selesai melabuhkan tirainya dan kita juga sudah mengetahui keputusan yang di luar jangka lagi memeranjatkan bahawa 5 negeri telah berjaya ditawan oleh BA dan DAP serta tidak kurang juga ada yang terkejut beruk sehinggakan 'beruk-beruk' pun terkejut sama dibuatnya.
Perubahan yang berlaku ini digelar sebagai tsunami politik yang telah melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia bermula di pantai timur dari Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan tetapi apabila ia tiba di Melaka tsunami itu melompat dan seterusnya melanda Johor walaupun selama ini telah dinobatkan sebagai kubu Umno yang paling kuat di dunia.
Walaupun PAS Melaka belum berjaya melahirkan anak sulung yang diidam- idamkan sejak sekian lama tetapi PAS Melaka telah mempunyai suatu tapak, modal dan asas yang kukuh untuk berjaya pada masa depan iaitu pada PRU 13 InsyaAllah ianya akan menjadi kenyataan.
Apa yang penting ialah semangat dan komitmen yang tinggi perlulah dihayati serta digembelengkan di dalam diri setiap petugas PAS di segenap peringkat.
Kita mesti meyakini bahawa bunga-bunga kejayaan sudah mula berkembang mekar dan perlulah disuburkan serta dibajai sepanjang masa dengan istiqamah bukannya melakukan gerakerja di saat akhir yang menghampirkan kita kepada kegagalan.
Pastinya di sini kesungguhan para petugas yang komited dan istiqamah wajar diberi pujian dan penghargaan setinggi-tingginya dengan ucapan ribuan terima kasih di atas sumbangan, tenaga, buah fikiran dan masa yang telah diberikan di dalam perjuangan yang menuntut suatu pengorbanan yang tinggi.
Kagum
Penulis begitu teruja pada kali ini apabila melihat kaum Tiong-Hua dan India bersama-sama menjayakan gerakerja bagi memenangkan khususnya PAS yang selama ini menjadi fobia kepada sesetengah daripada mereka akibat tembok penghalang yang telah dicipta oleh Umno/BN.
Kita juga melihat anak muda yang berantai leher, bergelang tangan dan berseluar pendek sudah berani menyanggah Umno dan datang ke markas PAS untuk membantu menampal poster dan sebagainya walaupun diugut dengan pelbagai cara.
Sempat juga penulis menemuramah beberapa orang daripadanya dan mereka menyatakan bahawa tidak rela diperalatkan dan diperbodohkan oleh Umno kampung dengan hanya RM20 atau RM30 sedangkan pemimpin atasan Umno merompak wang berjuta bahkan berbilion banyaknya untuk kepentingan diri sendiri.
Mereka juga menegaskan bahawa perjuangan bersama PAS ini adalah suatu jihad dan sebagai orang Islam wajib mempertahankan agama, bangsa dan negara kita daripada diperkosa oleh golongan rakus serta tidak bertanggungjawab yang membawa negara ke arah kehancuran.
"kami adalah anak muda yang bermain dengan internet bukannya dengan goli dan congkak," tegas mereka kepada Ketua Wanita Umno kampung yang tak tahu apa itu internet ketika menyindir dengan mengatakan berapa banyak dapat duit kerana mengantungkan bendera PAS.
Penulis kagum dengan permahaman dan maruah yang mereka pertahankan, ianya jauh lebih mulia daripada ustaz dan ustazah Umno yang sanggup menjual diri serta melacurkan ilmu yang dimiliki bagi kepentingan perut sahaja.
Gila Talak
Selepas PRU 12 ini penulis lihat Umno/BN masih belum dapat menerima hakikat bahawa mereka telah kalah di lima buah negeri dan gagal mempertahankan majoriti 2/3. Berbagai perbincangan, forum dan ulasan yang dipaparkan di media arus perdana mempertontonkan seolah-olah rakyat yang mengundi BA/DAP telah silap membuat perhitungan kerana terlalu mengikut emosi.
Media yang seperti kerbau dicucuk hidung itu cuba menakut-nakutkan rakyat bahawa keadaan negara sudah tidak stabil, rakyat hidup dengan kebimbangan, pengundi menolak pembangunan dan negara di ambang kehancuran tetapi sebenarnya Umno/BN yang tidak stabil, bimbang hilang pangkat, kuasa dan wang.
Umno/BN kini seperti orang yang 'gila talak' meracau sepanjang masa, ketika diberi peluang dulu mereka menzalimi dan menindas rakyat tetapi setelah rakyat berani membuat perubahan dalam PRU 12, mereka masih lagi bermimpi didendangkan lagu berirama keroncong bahawa Umno/BN yang paling berkuasa dan kuat di Malaysia tercinta ini lalu boleh melakukan apa sahaja melalui slogan 'Ikut Suka Aku'.

<< Home