Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Monday, November 24, 2008

Melaka Hari Ini - Malaysiakini

TG KUDIN

Keterbatasan waktu mengingatkan penulis betapa singkatnya kehidupan di mayapada yang begitu mengasyikkan ini sehinggakan kadang-kala kita terlupa bahawa kehadiran kita ke dunia ini hanyalah sementara. Umpama musafir lalu yang singgah mengambil bekalan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan jauh tanpa penghujung.

Pelbagai keanehan menarik pengamatan penulis untuk beberapa hari ini hinggakan tidak mempunyai masa untuk berada di depan komputer melakarkan gerak laku manusia yang selalu lupa pada sejarah walaupun mereka sebenarnya mengulang-ulangi sejarah tersebut.

Babi menjadi isu lagi di Melaka tapi kali ini ianya bermula dengan begitu mengemparkan dengan penemuan kaki babi di pantai Pengkalan Balak yang menjadi tempat riadah dan juga terletak di perkampungan Melayu.

Kemudiannya lebih memeranjatkan lagi apabila kepala babi ditemui tergantung di depan rumah seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Masjid Tanah yang juga menjadi pemantau kepada operasi pengurangan babi di Masjid Tanah.

Selepas itu beberapa orang ahli Umno telah membuat laporan polis bagi membantah tindakan itu dan menggesa pihak berkuasa membuat siasatan serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kerja jahat itu.

Kes sebegini memudahkan tercetusnya sentimen perkauman yang cuba diwujudkan oleh Umno buat kesekian kalinya. Maka berkokoklah Ali Rustam dengan mengatakan biadap terhadap mereka yang melakukannya dan memberi amaran bahawa ianya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum di negeri Hang Tuah.

Penulis hairan bagaimana Ali boleh tahu akan wujudnya perbalahan kaum kerana kes kepala babi digantung di pintu pagar ahli Umno sedangkan polis pun belum tahu siapa yang melakukannya samada orang Melayu, Cina atau India.

Jika orang Melayu yang mengantungkannya tentu tidak boleh wujud perbalahan kaum kerana sama-sama Melayu. Jadi sudah tentu tuduhan Ali itu ditujukan kepada kaum Cina atau India kerana mereka berlainan bangsa dan agama. Kesimpulannya ialah ianya ditujukan kepada kaum Cina kerana mereka adalah kaum bukan Melayu yang ramai di situ dan merekalah yang mengusahakan penternakan babi yang menjadi api dalam sekam bagi orang Melayu di situ.

Apakah rasionalnya pula orang Cina berbuat demikian, penulis rasa orang Cina tidak mungkin sebodoh itu untuk menjolok sarang tebuan menyentuh sensitiviti orang Melayu di situ kerana mereka masih lagi trauma dengan kejadian gerombolan polis mengempur kawasan mereka pada tahun lepas.

Sebenarnya isu ini dimainkan oleh Umno khususnya Ali bagi membangkitkan isu perkauman dan menyatukan kembali ahli Umno yang bertelagah merebut jawatan dalam pemilihan Umno yang sedang berlangsung. Mereka mainkan isu perkauman supaya orang Umno bersatu kembali atas dasar ingin mempertahankan maruah Melayu.

Ali juga ingin menggunakan isu ini bagi menunjukkan bahawa beliaulah pejuang Melayu tulen, nasionalisme Melayu, ultra-Melayu dan Islam bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada Mac depan. Di mana parti sekular Melayu ini akan memilih orang yang paling kuat semangat keMelayuannya walaupun pada pandangan umum sebenarnya pemimpin itulah yang paling zalim, bodoh dan rakus.

Friday, November 14, 2008

Gambar As Syahid Ali Ghufron, Imam Samudera dan Amrozi - Malaysiakini

Tg Kudin

Hukuman Tembak yang dijatuhkan ke atas tiga tertuduh pengeboman di Bali ini menjadi perbahasan di kalangan dua pihak yang mengatakan mereka syahid dan ada menuduh mereka penganas antarabangsa.

Saya paparkan gambar mereka di sini untuk kita fikirkan bersama siapa benar dan siapa salah ?