Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Wednesday, July 27, 2011

PAS Melaka bantah pusat hiburan beroperasi hingga 3 pagi


Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: PAS Melaka membantah tindakan Kerajaan Negeri Melaka yang melanjutkan operasi pusat hiburan hingga ke 3 pagi menerusi mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya (2) PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar bahawa PAS Melaka mendesak peraturan ini dibatalkan kerana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan kepada masyarakat.

"Kita nampak kerajaan Melaka lebih mementingkan hiburan sebagai tarikan pelancongan sedangkan kalau kita kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka dahulu tidak begitu.

"Dulu ramai pedagang datang sebab pentadbirannya cekap, pengurusannya baik, wujudnya keadilan dan kerana dari satu segi kerajaan tersebut tekankan undang-undang serta keadilan Islam itu sendiri.

"Kerajaan Melaka kalau jadikan asas hiburan sebagai salah-satu faktor tarikan pelancong ianya akan merosakkan rakyat Melaka sebab tiada peraturan untuk halang rakyat Melaka berpeleseran," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan apakah asas hiburan ini dijadikan kayu pengukur sebagai negeri maju
oleh kerajaan negeri kerana sepatutnya rakyat lebih ditekankan dengan aspek moral, akhlak dan budi-pekerti yang mulia.

"Ini akan membuka pintu fitnah yang lebih besar, menghalalkan lebih banyak perkara maksiat yang merosakkan, Ketua Menteri dulu terlibat dengan skandal yang memalukan jangan kita suburkan dan permudahkan jalan ke arah itu.

"Sekarang bulan Sya'aban sepatut tarik orang untuk menyambut Ramadhan dengan penuh keghairahan bagi merebut ganjarannya dan Sya'aban itu sendiri mempunyai kemuliaannya tersendiri.

Sebelum ini, mereka dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi pada hari biasa dan setiap hujung minggu dan keputusan itu diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi kata Ali Rustam ketika mengumumkannya.

Labels: