Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Monday, October 10, 2011

Pengambilan tanah bermotifkan politik


Tanah bersebelahan Perkuburan Kristian Jalan Batu Gajah, Merlimau yang dikatakan ingin didirikan sebuah tahfiz.

Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Pengambilan tanah Markas PAS As-Solihin merupakan satu lagi tindakan bermotifkan politik sempit kepartian Umno-BN untuk menghalang segala aktiviti PAS di bawah Akta Tanah 1960.

Menurut mantan Yang Dipertua PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang bahawa cadangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk membina tahfiz di atas tanah tersebut tidak praktikal sedangkan mereka mempunyai tanah lain yang lebih sesuai.

"Mereka ada tanah yang lebih luas dan sesuai iaitu di Lot 600 Mukim Merlimau yang berdekatan serta telah dibersihkan sebelum ini sambil diwar-warkan ingin dibina sekolah tahfiz kenapa mereka nak ambil tanah PAS.

"Pampasan yang nak dikeluarkan oleh kerjaan negeri sepatutnya boleh digunakan peruntukkan itu bagi membina tahfiz di atas tanah itu tanpa merampas tanah orang lain," ujarnya.

Beliau menyelar tindakan mempergunakan Akta Tanah Negara 1960 tersebut sebagai tindakan politik jahat dan zalim Umno-BN bukannya atas dasar keperluan atau kepentingan awam.

Sementara itu, pemilik tanah, Abdullah Mohamad tetap membantah pengambilan tanah itu kerana beliau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan ianya melibatkan projek perumahan yang sedang dijalankan.

"Projek ini melibatkan pemaju perumahan yang sedang menjalankan projeknya dan ini merugikan pemaju yang mempunyai kepentingan ke atas projek perumahan itu.

"Saya tak halalkan dan redha dengan sesiapa yang merampas tanah ini serta akan mempertahankannya di mahkamah kelak

"Kami sekeluarga bersusah-payah membeli tanah itu daripada awal dengan gaji isteri saya yang kecil, sebelum ini dikatakan sebuah tahfiz ingin dibina berdekatan lokasi tersebut tetapi mengapa tanah saya jadi mangsa," kata beliau.

Selanjutnya tegas Abdullah, di atas tanah itu telah wujudnya sebuah PASTI dan merupakan Markas PAS Kawasan Jasin sejak sekian lama bukannya tanah kosong atau terbiar.

Sebelum ini dikatakan akan dibina sebuah tahfiz di Lot 600 Mukim Merlimau tetapi akhirnya tanah tersebut yang dibuat pengambilan kononnya bagi membangun sebuah tahfiz.

Labels: