Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Monday, November 21, 2011

Exco: Monorel rosak 21 kali!



Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka Yang Kedua Belas di Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, di sini dimaklumkan bahawa Monorel Melaka telah mengalami kerosakan sebanyak 21 kali sejak beroperasi.

Exco Melaka, Dato' Wira Latiff Tamby Chik menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan ke 14 yang dibangkitkan oleh Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng pada hari kedua persidangan.

"Semenjak beroperasi pada 20 Oktober 2010 hingga 30 September 2011 Monorel telah tergendala 21 kali, kos dibiayai pihak kontraktor Agibs Engineering & Construction Sdn Bhd kerana masih dalam tempoh jaminan pembaikan selama dua tahun dan tamat pada 19 Oktober 2012.

"Kutipan tiket RM131,384.50 manakala perbelanjaan operasi RM205,573.25 dan kerugian ditanggung Menara Taming Sari Berhad bagi tempoh tersebut RM74,188.75," kata beliau.

Betty kemudiannya bertanya pada soalan tambahan, adakah wajar diteruskan fasa kedua Monorel itu kerana ianya telah memberikan imej buruk kepada negeri maju seperti Melaka dan mengalami kerugian.

Sebaliknya, Latiff hanya mengatakan bahawa beliau yakin produk pelancongan tersebut akan berjaya dan menyifatkan kes pelancong terperangkap apabila keretapi Bukit Bendera tergendala pada 31 Julai 2009 lebih serius lagi.

Ini menyebabkan Betty membangkitkan soalan tambahan kedua dan terus meminta Latiff menjawab soalan sebenar yang dibangkitkan bukannya menyimpang ke Pulau Pinang.

"Berapa hari kamu di Melaka, kalau nak jadi isteri yang baik kamu kena duduk di Pulau Pinang, kosongkan kerusi kamu dan saya pasti BN akan memenangi kerusi tersebut," kata Latiff.

"Ini tak jawab soalan!, tak payah jawablah YB!," celah Betty.

Persidangan kali ini cuma dihadiri dua orang Adun DAP sahaja berikutan tiga lagi Adun yang digantung daripada menghadiri Persidangan Dun Melaka kerana mempertahankan judi bukan budaya orang Cina.

Labels:

Wednesday, November 9, 2011

Tapak Baru Tahfiz As-Solihin

Salah seorang Ahli Jawatan Kuasa Tahfiz As-Solihin di Merlimau, Abdul Ghani Md Shahim, 65, merupakan pencetus idea untuk membuka tahfiz tersebut. Anak beliau, Muhammad Fadhullah Abdul Ghani merupakan salah seorang yang berkelulusan ijazah syariah daripada Syria.

Muhammad Fadhullah Abdul Ghani yang juga merupakan anak beliau merupakan seorang guru di tahfiz tersebut. Selepas itu beliau bertemu dengan Badan Kebajikan As-Solihin sebuah badan NGO Merlimau yang pernah membuka sekolah tahfiz namun telah dihentikan operasinya kerana mengalami beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Beliau juga ada berbincang dengan saya untuk membuka sebuah sekolah yang baru di tapak yang baru memandangkan tapak yang ada sekarang akan diambil alih oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk dijadikan tahfiz baru di bawah kelolaan MAIM.

NGO kita bercadang untuk keluar dari situ dan kebetulan ada seorang hamba ALLAH mewakafkan 1 ekar tanah dan telah ditukar nama atas nama Badan Kebajikan As-Solihin. Proses pecah lot tanah telah dilakukan di Pejabat Daerah Jasin dan telah selesai mengikut kaedah pembhagian tanah tersebut. Badan Kebajikan As-Solihin telah dimasukkan ke dalam geran dan tanah itu telah disahkan oleh pejabat daerah.


Setelah berbincang dengan jawatankuasa tersebut, mereka telah bersetuju dan bermula pada tahun awal tahun 2006 iaitu Januari 2006, dua orang pelajar telah mendaftar masuk dan pada bulan jun tahun yang sama juga bilanagn pelajarnya telah bertambah kepada lapan orang. Sehingga sekarang pada Oktober 2011 jumlah pelajarnya bertambah kepada 60 orang yang mana 50 orang pelajarnya adalah hafiz dan selebihnya hafizah.

Kebanyakkan pelajar yang datang adalah dari negara iaitu dari negeri Melaka sendiri, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang, Johor, Kedah, Kelantan kecuali Terengganu. Pendaftaran bagi sesi 2011/2012 mula dibuka dan pel.ajar baru seramai tujuh orang telah mendaftar. Kemasukan terus dibuka sehingga mencapai sasaran pelajar 100 orang.

Pengalaman menguruskan tahfiz pada ketika itu terpaksa ketuk pintu dari rumah ke rumah bagi memohon bantuan kewangan dan juga barangan seperti minya, beras dan lain-lain di seuruh negeri Melaka. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan walaupun yuran kita yang termurah di Malaysia iaitu sekitar RM160 sebulan tetapi kita dapat menanggung kos sehingga sekarang. Bagi pelajar anak yatim dan miskin tegar dikecualikan yuran. Jumlah pelajar yatim seramai 4 orang dan yang miskin tegar seramai 6 orang.

Sekarang kami mula merangka membina bangunan tiga tingkat yang berharga RM1.3 juta. Biarkan kezaliman MAIM berterusan namun ia tetap tidak mematahkan semangat kami untuk mendirikan bangunan baru. Dengan ini kami siarkan beberapa maklumat berkaitan seperti pelan bangunan dan no akaun bank untuk sumbangan pembinaan bangunan baru Tahfiz As-Solihin.

Antara aktiviti saya selaku Penyelia DUN Bukit Baru ialah menguruskan masyarakat dan melahirkan Hafiz dan Hafizah di Merlimau, Jasin. Hadis sahih berbunyi "Seorang Hafiz dapat memberi syafaat kepada 10 orang manakala seorang Hafizah dapat memberi syafaat kepada 10 orang yang lain."


Marilah sama-sama saya membantu dengan menyumbangkan sumbangan ke nombor akaun MAYBANK: 554053202841. Sebarang masalah bolehlah menghubungi Mudir Tahfiz, Ustaz Muhammad Fadhullah Abdul Ghani di talian 012-3226940.

SUMBER: Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab.