Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Friday, April 13, 2012

Jasin: 40 ahli Umno sertai PAS

Azahari menyerahkan borang keahlian kepada Kintan sambil disaksikan Bob Lokman.

MELAKA: Empat puluh ahli Umno daripada tiga cawangan di Unit Peti Undi Seri Mendapat, Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Rambai, Jasin, di sini telah mengistiharkan keluar Umno dan menyertai PAS Cawangan Felcra Lembah Kesang.

Majlis penyerahan borang keahlian telah diadakan pada program ceramah Bob Lokman dan antara yang turut berceramah ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, Ketua Penerangan MTD, Zaili Muhammad serta dipengerusikan Timbalan MTD, Abdul Karim Kassim di Seri Mendapat, baru-baru ini.

Menurut Ketua Cawangan, Azahari Md Shah bahawa gerakerja secara tersusun bagi penambahan ahli baru yang dilaksanakan selama ini telah berjaya dengan kemasukan empat puluh orang ahli ke dalam PAS Cawangan dan kebanyakkannya terdiri daripada golongan pemuda.

"Ianya menyuntik semangat kepada kami untuk meningkatkan lagi gerakerja, lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU13 yang semakin tiba dan dengan pelbagai isu yang melanda negara kita kini termasuk di Felcra dan Felda," ujarnya.

Manakala, Bob Lokman dalam ucapannya menegaskan kepada anak muda supaya menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS kerana ianya selari dengan Islam dan memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

"PAS parti dakwah, bukan kata PAS dan Umno sama macam Manchester United dengan Arsernal iaitu siapa pandai kelecek dapat jaring gol dia menang, perjuangan PAS dan Umno jauh beza, ini anak muda kena faham.

"Umno pejuang dasar 1Malaysia, Islam Hadhari, DEB dan Buku Hijau tapi PAS perjuangkan dasar Islam, penjajah dah jauhkan kita dari Islam datang Umno pula tak kuatkan Islam maka hina kita hari ini di mana kita sebelum ini dapat kemuliaan kerana Islam," kata beliau.

Bob Lokman turut menempelak Umno yang hanya berdiam diri walaupun Islam dihina oleh pemimpin MCA, Chua Soi Lek yang mengugut untuk keluar daripada BN sekiranya Umno melaksanakan hukum hudud.

"Kita kena tebang dan tanam semula BN ini dengan digantikan Pakatan Rakyat untuk ubah negara ini dan bagi mengubah nasib kita semua," tambahnya.

Labels:

Friday, April 9, 2010

Koperal polis ganggu siasatan




ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Seorang surirumah, Koid Chai Hoon mendakwa siasatan terhadap kes pecah rumah beliau diganggu oleh seorang anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas di IPD Jasin kerana suspek utama dalam kes tersebut adalah merupakan rakan baiknya.

Beliau membuat laporan polis pada 10 Januari lalu di Balai Polis Merlimau, sejurus pulang daripada Sungai Petani, Kedah, apabila mendapati rumahnya telah dipecah masuk dan kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai.

Menurutnya, hasil kerjasama yang diberikan oleh beliau kepada pihak polis telah membawa kepada penangkapan tiga orang suspek tetapi campurtangan Koperal tersebut menyebabkan mereka tidak dituduh di mahkamah sehingga kini.

Koid juga mempersoalkan mengapa polis hanya merampas sebahagian barangan yang dicuri itu pada serbuan pertama di rumah keluarga suspek di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan setelah beliau mendesak polis akhirnya bersetuju melakukan serbuan ke dua tetapi tidak menemui apa-apa kerana barangan tersebut telah disembunyikan.

"Semasa serbuan dibuat mereka berdua ada ikut sama di mana Koperal itu telah memberikan 'handpone' kepada suspek utama untuk menghubungi keluarga ketika dalam perjalanan supaya menyembunyikan barangan curi itu.

"Semasa serbuan ada barang kes ditemui di dalam kereta kakak suspek tetapi ianya tidak dirampas dan kakak suspek juga dilepaskan begitu sahaja setelah suaminya bertemu dengan pihak polis," ujarnya.

Dia berkata, dalam kes ini saya dan suami bekerjasama membantu polis menangkap suspek dan sepatutnya pihak polis menyelesaikannya mengikut saluran undang-undang sedia ada tetapi sebaliknya saya dilayan seperti orang yang bersalah, inikah balasannya.

Tambahnya, gangguan dan campurtangan daripada anggota yang tidak bertanggungjawab ini telah menafikan hak saya dan saya mahukan polis bersikap adil terhadap saya serta amat menghargai tindakan segera daripada pihak polis.

Menurut Adun Bachang (DAP), Lim Jak Wong, beliau telah membawa mangsa bertemu Ketua Polis Melaka pada 3 Mac lalu dan keterangannya telah diambil tetapi sehingga kini tiada tindakan yang telah diambil.

"Saya telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkenaan kes ini dan meminta satu siasatan dijalankan kerana mendapati adanya gejala rasuah serta salahguna kuasa dalam penyiasatan kes tersebut.

"Saya juga berharap kes ini diberi perhatian serius dan dapat dilaksanakan dengan adil demi memelihara nama baik PDRM," kata beliau.

Labels:

Thursday, April 1, 2010

Pondok Bas RM44,525


Pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku berharga RM44,525


Pondok bas di Kota Cemerlang, Ayer Keroh berharga RM34,500

ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong meminta siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), Bukit Katil, di sini, kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500
sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang murah serta berkualiti rendah.

Khoo berkata, jumlah kos yang tidak munasabah itu diterimanya melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka yang telah bersidang baru-baru ini.

"Kita mengesyaki adanya unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok bas itu yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Harga tersebut terlalu mahal, tak masuk akal, ukurannya terlalu kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki dan kalau ikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 saja," kata beliau.

Sepatutnya tambah beliau, MBMB mengeluarkan tender secara terbuka kepada kontraktor agar berlakunya ketelusan dan dapat menghindarkan penyelewengan serta ketirisan yang menyebabkan kosnya meningkat berkali ganda.

"Material ataupun bahan binaan yang digunakannya juga jenis murah dan teruk yang sudah tentu harganya lebih rendah lagi.

"Ini adalah di antara pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam negeri Melaka yang diperintah oleh Barisan Nasional dan kita harap pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini supaya amalan buruk seperti ini boleh dibendung," ujarnya.

Selain itu, pelbagai lagi projek yang tiada mempunyai keperluan atau kepentingan telah dilaksanakan di Melaka seperti membaikpulih balairaya yang tidak rosak dan membina pondok bas sedangkan tiada bas melaluinya bertujuan untuk mengenyangkan kroni pihak tertentu.

# Bagaimana harganya boleh melebihi harga sebuah rumah kos rendah tiga bilik yang boleh dihuni 5 hingga 7 sekeluarga. Ini satu lagi perkara pelik bin ajaib yang berlaku di Melaka seperti dalam filem DoReMi.

SPRM dan PDRM sila siasat kes ini kerana ianya mempunyai kebarangkalian penyelewengan atau ketirisan yang melibatkan wang rakyat Melaka.

Labels:

Wednesday, March 31, 2010

Lawatan ke Persidangan Dun Melaka


Lawatan Lajnah Penerangan PAS Melaka ke Persidangan Dewan Undangan Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini.

Bergambar bersama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Melaka, Goh Leong San yang juga merupakan Adun Kesidang dan Pengerusi DAP Melaka.

Labels: