Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Monday, June 30, 2008

Pantai Klebang sudah lenyap

Nasi dah jadi bubur... pantai Klebang telah lenyap

TG KUDIN

Sayu hati bila mengenangkan nasib yang menimpa para nelayan di pantai Klebang kerana pintu rezeki mereka telah ditutup oleh kerajaan BN atas nama mengejar pembangunan, masa depan mereka langsung tidak diperdulikan ibarat beruk di Putrajaya disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Mereka kini sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah selama ini kebanyakkan mereka hidup di bawah paras kemiskinan, menyambung nyawa ke laut untuk mencari sesuap nasi bagi menampung anak isteri tercinta dan kini pantai serta laut tempat mereka mencari rezeki telah dimusnahkan oleh kerakusan Ali Rustam bersama kuncu-kuncunya.

Salah seorang nelayan berumur sekitar 50 an yang saya temui ketika persidangan media oleh Sahabat Alam Malaysia, ahad kelmarin, hanya mampu menangis apabila diminta menyuarakan permasalahannya. Saya pun hampir menitiskan airmata melihatkan keadaan tersebut, sambil sesekali beliau memandang ke arah laut yang sudah hilang ditutupi dengan timbunan pasir.

"Saya ini seperti orang yang telah diberhentikan kerja, saya tak tahu apa salah saya, saya belajar tak tinggi tetapi mereka yang belajar tinggi itu nampaknya telah memperbodohkan kita," katanya dengan linangan airmata.

Segalanya telah musnah samada struktur pantai, ekosistem laut, spesies hidupan laut, tempat tumpuan pelancong menikmati keindahan laut, membunuh para peniaga di pantai Klebang dan hilangnya satu indentiti Melaka iaitu belacan dan cencaluk kerana di sini merupakan tempat yang banyak menghasilkan penangkapan udang geragau yang diperlukan untuk membuat belacan dan cencaluk.

Kerajaan hanya pentingkan keuntungan yang diperolehi dari pemaju saja tanpa memikirkan kelansungan hidup para nelayan (bagi puak ini yang penting aku masuk banyak, nelayan hidup atau mati aku peduli apa).

Tambak laut ini perlu dihentikan dengan segera, kerajaan mesti sediakan satu dana bagi membantu para nelayan untuk meneruskan hidup, pemberian pampasan yang setimpal seperti Skim Perberhentian Pekerja atau Skim Pencen, kaji kesannya seperti pemendapan lumpur yang teruk di sungai Melaka, hakisan pantai di sepanjang pantai Melaka, kekurangan hasil tangkapan laut dan kesan serta pencemaran yang akan berlaku selepas projek ini siap.

Friday, June 27, 2008

Kesan kenaikan minyak

Paksa anak minum racun

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hadzlihady Hassan (Metro)

SUBANG JAYA: Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.

Difahamkan, hasil siasatan awal, wanita yang mempunyai tiga anak itu memberitahu dia melakukan perbuatan berkenaan kerana mengalami tekanan perasaan dan menanggung hutang yang banyak.


Komen Tg Kudin

# Inilah antara kesan yang terjadi akibat kenaikan harga minyak secara melampau oleh kerajaan zalim BN, rakyat terhimpit dan tertekan dengan pelbagai bebanan.

Sedangkan pada ketika rakyat sedang mencungap-cungap menstruktur semula perbelanjaan berikutan kenaikan yang lama Pak Lah mengumumkan minyak naik lagi.

Ini adalah secebis kisah dan di luar sana berpuluh juta rakyat Malaysia yang menghadapi permasalahan yang sama, saya pun selalu melihat kenderaan tersadai di tepi jalan selepas kenaikan ini kerana kehabisan minyak disebabkan pengguna masih lagi belum dapat menerima realiti bahawa harga minyak dah naik begitu tinggi.

Dan yang sedihnya kebanyakkan mereka ialah orang Umno/Bn yang kuat mempertahankan Umnoi pada PRU dulu, padan le muka korang.