Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Wednesday, March 31, 2010

Halau APCO Laknatullah

JALAK LENTENG

Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang menuntut syarikat perunding perhubungan awam antarabangsa Apco Worldwide yang didakwa ada kaitan dengan Israel dihalau keluar dari negara ini pada kadar segera.

Setiausaha Pemuda PKR Syed Mikael Rizal Aidid menggesa polis agar segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa kempen 1Malaysia dikaitkan dengan Apco dan rejim Israel.

Menurut beliau rakyat negara ini amat prihatin dengan pendedahan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.

Anwar mengemukakan dua dokumen semalam bagi membuktikan hubungan berkenaan - satu daripada perjanjian ditandatangani antara Apco dan kerajaan Malaysia yang disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

“Kita amat bimbang dengan keselamatan negara ini kerana seorang daripada penasihat Apco ialah Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatandan perlindungan Agensi Keselamatan Israel,” kata Syed Mikael.

MALAYSIAKINI.

Lawatan ke Persidangan Dun Melaka


Lawatan Lajnah Penerangan PAS Melaka ke Persidangan Dewan Undangan Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini.

Bergambar bersama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Melaka, Goh Leong San yang juga merupakan Adun Kesidang dan Pengerusi DAP Melaka.

Labels:

Monday, March 29, 2010

Kincir Air tak berfungsi



ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Adun Bachang (DAP), Lim Jak Wong menyatakan bahawa pembinaan 'Kincir Air' di sungai Melaka adalah satu kegagalan dan pembaziran kerana ianya tidak boleh berfungsi ketika beliau membahaskan ucapan perasmian Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan negeri Keduabelas.

"Sehingga hari ini kincir air tersebut masih tidak berfungsi walaupun sebanyak RM1.76 juta telah dibelanjakan iaitu fasa pertama RM1,477,500.00; fasa ke dua RM191,650.00 dan fasa ke tiga RM98,000.00.

"Adakah kita kena tunggu fasa ke empat atau seterusnya beratus hingga berjuta wang rakyat dibelanjakan, malah projek ini juga menjejaskan imej kerajaan negeri yang menjadikan pelancongan sebagai punca pendapatannya.

Beliau menyatakan sepatutnya segala perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat harus mempunyai perancangan yang rapi dan teliti agar dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.

Manakala Exco Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Dato' Latiff Thamby Chik ketika menjawab soalan lisan berkenaan 'Kincir Air' menyatakan bahawa ianya telah berfungsi semula pada 28 Februari 2010 dan UTem Holdings Sdn Bhd sedang menjalankan kerja-kerja penambahbaikan beberapa kelengkapan mekanikal untuk memastikan ianya berfungsi dengan sempurna.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, beliau yang memberi idea pembinaan 'Kincir Air' tersebut dan mendapat ilham ketika berkunjung ke Li Jiang, China, kerana ianya telah wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Saya fikir baik dibina kincir air seperti di Li Jiang itu dan kita keluarkan tender reka dan bina serta hantar mereka ke Syiria untuk mendalami kepakaran itu tetapi ianya berat dan sungai Melaka airnya tenang terpaksa guna motor.

"Kita terpaksa baiki dan gagal, jadi banyak pihak suruh buang untuk dibina yang baru, saya kata takkan nak buang RM1.4 juta kita ada teknologi takkan ini tak boleh dibuat.

"UTeM kata kosnya RM98,000 dan mereka setuju baiki, hari ini kita minta mereka baiki dan benda ini kecil aje pakar-pakar ramai orang dah boleh pergi ke bulan," katanya.

Kincir Air yang dibuat daripada kayu itu dibina pada 18 September 2007 dan siap pada 28 Mac 2008 oleh Rintiz Rezeki (M) Sdn Bhd dengan kos RM1,477,500 tetapi ianya gagal berfungsi atau bergerak disebabkan kayunya yang berat dan air sungai Melaka yang tenang tidak bergerak.

Lalu, diarahkan TPM Engineering Sdn Bhd anak syarikat Teknologi Park Malaysia merekabentuk dan memfabrikasi sistem gegalas, membekalkan motor dan kotak galas panel kawalan bagi menggerakkan roda kincir air secara mekanikal dengan kos RM191,650 pada 13 Jun 2008 dan siap pada 2 April 2009.

Namun, ianya masih gagal digerakkan dan diambialih UTem Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 29 Julai 2009 dengan kos tambahan RM98,000 lagi di mana dikatakan berjaya berpusing selama sebulan bermula 20 Oktober 2009 tetapi kemudiannya rosak semula.

Sebaliknya, Dato' Latiff menyatakan di dalam jawapan lisannya bahawa 'Kincir Air' itu telah beroperasi semula pada 28 Februari lalu tetapi ketika Harakah melakukan tinjauan ianya tidak bergerak dan dimaklumkan hanya berpusing sesekali sahaja.

Labels: