Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Thursday, December 25, 2008

Pak Lah takut kena baling kasut - Malaysiakini

TG KUDIN

'Jangan hina ketua kerajaan' tajuk berita hari ini yang memuatkan kenyataan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana beliau mempertahankan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Baghdad, yang dihina dengan balingan kasut, di Iraq, baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti itu dan pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.

"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.

Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.

Nampaknya Pak Lah begitu bersungguh-sungguh mempertahankan sahabatnya itu dan kenyataan yang dibuat itu adakah kerana beliau sudah mendapat maklumat bahawa ada orang akan membaling kasut kepadanya kelak.

Mari kita lihat selepas ini adakah Pak Lah akan dibaling dengan kasut, malah kejadian tersebut akan lebih tragis lagi sekiranya beliau dibaling ketika berucap pada Persidangan Umno, Mac depan.