Irihati dan dengki senjata kaum lemah - Malaysiakini
TG KUDIN
Perbalahan dan pertelingkahan wujud di mana-mana walaupun ianya ditolak oleh semua manusia yang waras dan berakal kerana tidak berfaedah dan hanya menghabiskan masa untuk menangkis segala gangguan daripada si pendengki tersebut.
Kadangkala perasaan hasad-dengki dan irihati itu timbul dalam diri seseorang kerana dia merasakan orang lain bodoh, rendah dan hina daripadanya lalu apabila saingannya itu beroleh kelebihan yang dikurniakan oleh Allah dia merasakan dunianya menjadi gelap-gelita, jantungnya bergerak semakin kencang dan nafasnya semakin sesak.
Dia mula mencipta pelbagai kelemahan atau kekurangan saingannya itu bagi tujuan membalas dendam walaupun dia sebenarnya tidak pernah diganggu apatah lagi dianiyai oleh sesiapa.
Malah semakin teruk apabila dia mencipta fitnah bagi membuktikan dakwaannya itu benar tanpa diadili terlebih dahulu.
Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang bersalah dalam soal ini. Kita wajib percaya bahawa semua perlakuan kita di dunia ini akan di perhitungkan di depan Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam ini. Di kala itu manusia yang hanya mengikut hawa nafsunya itu akan menyesal sehabisnya disebabkan perlakuan kejinya di dunia dahulu.
"Alangkah baiknya ketika di dunia dahulu aku melakukan amal baik yang dapat menolong aku di alam yang kekal selama-lamanya ini," kata manusia zalim yang hanya mengikut hawa nafsu melakukan kedengkian terhadap saingannya. Penyesalan yang tiada berguna lagi lalu memuramkan mukanya kerana sudah terlihat azab di depan mata.
Sebagai manusia jujur yang hanya mengharapkan keredhaan seorang hamba daripada tuhannya kita tidak boleh lari dari si pendengki seperti ini walau ke mana sahaja kita pergi nescaya kita pasti bertemu watak dan jalan cerita yang serupa tetapi cuma berbeza pelakon yang melakonkannya saja.
Ke pejabat, ke pasar, ke kedai kopi, ke rumah kenduri, di tengah lautan, di atas angkasa bahkan hatta ke liang lahad sekalipun kita pasti bertemu dengan watak yang sedemikian rupa kerana ianya mudah dipraktikkan tanpa mengeluarkan wang ringgit atau keringat.
Bagi mereka yang diganggu oleh sipendengki ini pula sewajarnya menyerahkan segalanya kepada Allah Azza Wa Jalla kerana Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan kepadanyalah tempat kita dikembalikan.
Satu nasihat berguna yang dipegang oleh penulis sehingga hari ini ialah segala kedengkian yang dilontarkan itu menunjukkan bahawa kita mempunyai harga dan darjat. Kerana manusia tidak akan menendang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan terkena sasaran pendengki. Dengan kata lain, jikalau kedengkian yang diterima semakin kuat maka semakin tinggi pula harga diri kita.
Seorang pujangga bermadah:
Mereka tetap dengki padaku meski aku sudah mati,
sungguh aneh diriku,
kematianku pun mereka dengkikan.

<< Home