Cadangan beri kebebasan bersuara - Malaysiakini
AYER KEROH – Cadangan untuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sewajarnya diteruskan bagi mencapai hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan ‘Satu Malaysia’.
Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Melaka, Zaili Muhamad Imbiah berkata, negara wajar mencontohi Indonesia selepas era Suharto, di mana media dibuka seluas-luasnya dan pelbagai sekatan dihapuskan untuk memberi peluang kepada rakyat mendapat maklumat benar dan tepat.
“Ini penting dalam pembangunan sesebuah negara supaya rakyat menjadi bijak dan matang dalam menentukan hala tuju sesebuah negara kerana jika tidak, proses kemajuan itu sendiri akan terbantut atau dihalang oleh masyarakat.
“Tetapi kebebasan media itu mestilah selari dengan Perlembagaan Negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara ini mengikut batas dibenarkan syarak. Ia juga harus sesuai dengan adab susila nilai ketimuran yang kita pegang selama ini,” katanya.
Beliau berkata, apa yang terjadi kini adalah dilihat terdapat segelintir media yang dijadikan alat mengongkong kebebasan bersuara.
“Ada media dijadikan alat oleh kerajaan untuk mengongkong kebebasan berfikir dan bersuara rakyat serta sebagai elemen membentuk persepsi mereka agar menyokong segala tindak tanduk kerajaan, walaupun bertentangan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan medianya, semalam.
Sementara itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sahaja perlu disemak, tetapi dimansuhkan terus kerana wujudnya pelbagai elemen dan ruang berlaku ketidakadilan terhadap rakyat negara ini.
Katanya, ISA digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan dan didakwa cuba menutup suara mereka yang tidak sehaluan.
“Dalam Islam kita diajar supaya berlaku adil terhadap apa sahaja tindakan kita di dunia ini, apatah lagi terhadap sesama manusia di mana Islam memberi kedudukan yang tinggi kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
“Tidak adil jika kita sewenang-wenangnya menahan seseorang tanpa melakukan proses perbicaraan yang adil dan dibuktikan kesalahannya mengikut selama mana yang kita suka. Ia dilihat tidak adil,” katanya.
Justeru Zaili mengharapkan kerajaan menghapuskan ISA bagi menunjukkan komitmen mereka dalam mengutamakan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan awam di negara ini.

<< Home