Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Friday, December 21, 2007

Ke mana Pak Lah nak bawa kita ?

Hari ini hariraya Aidiladha Pak Lah mengajak kita berkorban macam dia, hari ini kita lihat beliau pergi ke kubur ibunya bersama isteri tercinta yang lengkap menutup aurat sedang menabur bunga di pusara ibunya.

Sungguh terharu kita melihatnya, terbayang di hati bahawa PM kita ini seorang yang lemah-lembut, pengasih, menghormati ibu dan nampak baik orangnya. Saya bukannya nak membodek apatahlagi nak mengampu PM yang suka tidur ni tapi ada satu kemusykilan di fikiran saya mengapa Pak Lah memperlihatkan kelembutannya di kala negara sedang bergolak dek pelbagai isu besar sekarang ini.

Apakah beliau ingin menarik balik wajah sebenar beliau yang begitu bengis pada perhimpunan Umno baru-baru ini yang menggugut rakyat agar tidak turun berdemonstrasi menyertai perhimpunan anjuran BERSIH dengan kata-kata yang cukup masyhur "Jangan cabar saya".

Ada yang menafsirkan bahawa kata-kata itu sebenarnya adalah hasil kreatif menantunya yang begitu berhantu iaitu Khairy Jamaludin Raja Beruk Malaysia sebelumnya ketika berucap pada perhimpunan Umno. Semua orang tahu dan bukan rahsia lagi bahwasanya PM kita ini lebih kurang macam boneka cuma mengikut telunjuk Raja Beruk itu seperti yang dibangkitkan oleh mantan PM suatu ketika dulu.

Lalu dengan tak semena-mena Pak Lah yang dikenali dengan watak lemah-lembut, berbudi-bahasa,alim,warak dan keturunan orang baik-baik, tiba-tiba menyerlahkan dirinya yang sebenar, bengis, garang seperti harimau yang kematian isteri, mengulang berkali-kali 'jangan cabar saya' dan ditujukan kepada rakyat jelata yang merasakan telah ditipu hidup-hidup.

Tapi cabaran beliau itu telah dijawab oleh ratusan ribu rakyat yang tidak gentar sedikitpun berhadapan dengan kerajaan zalim, ganas dan pekak-badak. Kerana apa, kerana rakyat sudah bosan, jijik, meluat dan menyampah kepada PM serta menantunya yang beruk tu.

Pak Lah sebenarnya sudah tersilap langkah, tariannya telah sumbang kerana mengikut menantunya pada kali ini lalu beliau cuba memulakan kembali rentak lama, tarian lama tetapi dengan cara yang baru pada hariraya korban ini. Beliau berlakon lagi.

Hentikanlah wahai Pak Lah kami dah begitu meluat !

Friday, December 14, 2007

Perkauman Sempit Umno

Umno adalah parti yang mengamalkan perkauman sempit sehinggakan sanggup membiarkan rakyat berbilang bangsa terjebak dan terperangkap di dalam api perbalahan antara kaum walaupun ianya memakan korban nyawa, untuk apa? bagi mengekalkan kesinambungan kuasa atau survival politik mereka sanggup melakukan apa saja hatta pekerjaan terkutuk dan tidak bertanggungjawab serta bermoral.

Mereka akan mengapikan sentimen perkauman ini apabila merasakan kuasa politik sudah mula terhakis dan bagi menarik kembali sokongan mereka memainkan kembali rentak tari yang kotor dan berbahaya ini.Mereka ini merupakan syaitan berwajah manusia yang sanggup melihat rakyat biasa yang tidak mengerti apa-apa berbunuhan sesama sendiri.

Padahal Umno keparat ini jugalah yang seringkali melaungkan dan mendendangkan lagu perpaduan nasioanal,"kita adalah negara contoh rakyat berbilang bangsa di dunia ini yang boleh hidup aman damai atas kesepakatan bersama, mengamalkan toleransi dan saling hormat-menghormati," meluat betul aku apabila mendengar kata-kata sedemikian yang diucapkan oleh Menteri Luar Negeri yang berkepala botak tengah itu, kata orang kalau kepala botak tengah tandanya orang tu bijak tapi yang benggong aje aku tengok.

Rakyat sewajarnya tidak terpedaya dan terperangkap dengan lubang yang sedang digali oleh Umno ini untuk menanamkan kita hidup-hidup. Sepatutnya sesudah 50 tahun mendeka kita sudah matang menilai antara kaca dan permata, siapa yang memainkan, siapa pemain dan siapa kena main.

Punca segala permasalahan yang berlaku di dalam negara ini ialah Umno be end, lalu apakah jalan penyelesaiannya atu formula ajaibnya? iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah kita mesti menghapuskan Umno dari muka bumi ini. Cuba kita bayangkan kalau Israel tidak wujud di dunia ini tentu kita akan akatakan bahawa dunia akan aman selamanya. Nah sekarang bagaimana pula apabila Umno terhapus dari muka bumi ini khususnya di Malaysia, sudah kita akan dapat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni selamanya.

Akan bersambung lagi...

Thursday, December 13, 2007


Wednesday, December 12, 2007

JAIM : SILA BERI PERHATIAN !

JAIM : SILA BERI PERHATIAN !

Oleh : Tengku KudinMELAKA, 13 Dis (Penjana) - Penduduk setempat mendesak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak segera memusnahkan sebuah tokong dinamakan 'Datuk Putih Tua' di hujung Jalan PJ 16, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, dekat sini, kerana menghina dan mempersendakan agama Islam.Patung dalam tokong itu dipakaikan kopiah putih, berbaju Melayu, berkain pelikat, tangan kanan memegang keris dan tangan kiri pula memegang tasbih seperti seorang pak haji sedang berwirid.Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit juga mendesak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya mengambil tindakan segera dengan memeriksa status pembinaan tokong berkenaan yang dipercayai dibina di atas tanah rizab MBMB sejak tiga tahun lalu.Menurut Setiausaha Penerangan PAS Melaka, Ustaz Khairul Che Salleh, bahawa patung dalam tokong itu secara tidak langsung menggambarkan satu persendaan terhadap masyarakat Islam hasil daripada pelaksanaan Islam Hadhari."Kesan daripada terjemahan Islam yang liberal (Islam Hadhari) oleh kerajaan Umno maka aqidah umat Islam mudah dipersendakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab."Persoalan hari ini, apakah pihak berkuasa tidak berusaha untuk menyiasat siapa yang punya angkara," kata beliau.Katanya, kewujudan tokong berkenaan dan cara patung yang dipakaikan kopiah sambil memegang tasbih menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Islam setempat, malah mencemarkan pemandangan di kawasan itu.Pada dinding tokong tersebut juga terdapat tulisan 'Datuk Putih Tua' ditulis dengan huruf jawi yang jelas mempersendakan Islam, sebatang tongkat, sebilah keris yang bersarung, buah limau dan sekampit beras.

SALAM PERKENALAN & SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum...............

Buat seketika setelah hati begitu sengsara melihat demokrasi Jakun (kata abg Mat) dan ianya semakin ghairah UMNO "meliwatnya" tanpa segan silu maka kehadiran aku ini bukan sekadar mencari publisiti tetapi bagi menyediakan satu lagi ruang untuk sedarkan manusia-manusia yang masih buta dan tuli atau saja buat-buat buta dan tuli tentang keangkuhan UMNO meratah hasil kekayaan negara.

Jalak