Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Thursday, December 25, 2008

Pemuda Islam sahut seruan jihad - Malaysiakini

TG KUDIN


Kumpulan Shabaab Al Mujahidin Somalia bersiap-sedia

Pemuda seperti inilah yang sepatutnya dicontohi oleh pemuda Islam khususnya pemuda Melayu di Malaysia yang berani bangkit mempertaruhkan segala-galanya hatta nyawa mereka sekalipun demi mempertahankan kesucian Islam daripada dinodai oleh Amerika Laknatullah.

Bukannya leka dengan Mawi, Sehati Berdansa, Jom Heboh dan merempit sedangkan pada masa yang sama Islam diinjak, diperlekehkan, diserang dari pelbagai sudut, syariatnya dirobek-robek bagai dikerumuni serigala ganas dan pemuda Melayu Islam Malaysia hanya memandang saja dan cuma sesekali mencabut keris di khalayak ramai.

Sedarlah wahai para pemuda masa depan umat ini berada di dalam tangan kamu, kamu yang bakal mencorakkan kegemilangan atau kehancuran umat ini, mari kita bersama berganding bahu bergerak maju ke hadapan dengan matlmat jitu menuju kepada keredaan Allah.

Mari kita berusaha bersungguh-sungguh menegakkan syariat Allah di Malaysia ini agar segala kemaksiatan dan kebinatangan yang berlaku di depan mata kita kini dapat dibersihkan. Seterusnya kesejahteraan hidup, kebahgiaan hidup dan keharmonian rakyat berbilang kaum di dalam negara ini dapat dipertahankan.

Pak Lah takut kena baling kasut - Malaysiakini

TG KUDIN

'Jangan hina ketua kerajaan' tajuk berita hari ini yang memuatkan kenyataan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana beliau mempertahankan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Baghdad, yang dihina dengan balingan kasut, di Iraq, baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti itu dan pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.

"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.

Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.

Nampaknya Pak Lah begitu bersungguh-sungguh mempertahankan sahabatnya itu dan kenyataan yang dibuat itu adakah kerana beliau sudah mendapat maklumat bahawa ada orang akan membaling kasut kepadanya kelak.

Mari kita lihat selepas ini adakah Pak Lah akan dibaling dengan kasut, malah kejadian tersebut akan lebih tragis lagi sekiranya beliau dibaling ketika berucap pada Persidangan Umno, Mac depan.

Thursday, December 18, 2008

SEMINAR BLOGGERS 20 DIS 2008 - Malaysiakini

Assalamualaikum,


Sekali lagi saya jemput semua bloggers, blogawan, blogawati, blogputra dan blogputri datang ke seminar yang kami anjurkan.

Anda UMNO, PAS, BN, PR tiada parti, tiada pendirian, ada pendirian tapi tiada parti dan semua yang berminat, dijemput.

Suasana: Santai Sentiasa

Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu)

Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah,Bandar Baru Bangi, Selangor

Cara nak sampai: (kalau reti baca peta, rujuk peta)

1.Ikut lebuhraya PLUS, masuk tol UKM
2. Bayau tol.
3. Jumpa roundabout pertama, lencung jam 9:00
4. Jumpa traffic light 1, 2, 3 :traffic light kat Warta tak kira
5. Pada traffic ke 3, belok kiri.
6. Nampak dah masjid.
7.Parkir kereta
8. Cari Dewan Seminar masjid.

ATURCARA
8.00 pagi :Pendaftaran :yang jaga: Sdr. Md. Nor, Azlan dan Hj.Amir
8:20 Pembukaan- Master of Ceremony: Al Brangi
8:25 Perasmian [YB Dr. Che Rosli Che Mat; ahli parlimen Hulu Langat]



8:35 Sesi 1 [Prof. Dr. Hamirdin Ithnin]
Tajuk: Menajamkan Idea Anda
1. Bagaimana nak dapat idea. 2. Bagaimana nak tulis. 3.Etika menulis blog 4. Apa yang hendak ditulis
Q&A



9:30 Relaks-


9:35 Sesi 2 [Hasbullah Pit]
Tajuk: RSS dan Aliran Maklumat Blog Tempatan
Q&A


10:35 rehat & minum & berkenalan :Nasi lemak dan teh tarik


11:00 Sesi 3. Taaruf bagi semua bloggers
Perkenalkan diri, perkenalkan blog anda, bertanya khabar, sesi bergambar

11:30 Sesi 4 Sidang Pleno -Pengerusi Al Brangi
Tiga ahli panel, dipilih pada hari tersebut dikalangan anda yang hadhir
seorang ahli panel berucap 10 minit
Selesai ketiga tiga berucap, sesi diskusi


12:55 Resolusi
1:00 Penutup : tentatif: YB Dr. Shafie Abuk Bakar ADUN Serdang
dan Tamat

Solat Zuhur.
Restoren ada banyak. Pilih saja lah. Lepas makan, bayau.

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

TG KUDIN

Jangan korbankan rakyat di hari raya korban ini.

Marilah kita bersama-sama mengorbankan segala-galanya demi Islam.

Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan harta mahupun nyawa, itulah kasih mesra sejati dan mulia.

Mari kita korbankan Umno-Bn pada PRU 13 nanti Takbir !!!

Tuesday, December 2, 2008

Irihati dan dengki senjata kaum lemah - Malaysiakini

TG KUDIN

Perbalahan dan pertelingkahan wujud di mana-mana walaupun ianya ditolak oleh semua manusia yang waras dan berakal kerana tidak berfaedah dan hanya menghabiskan masa untuk menangkis segala gangguan daripada si pendengki tersebut.

Kadangkala perasaan hasad-dengki dan irihati itu timbul dalam diri seseorang kerana dia merasakan orang lain bodoh, rendah dan hina daripadanya lalu apabila saingannya itu beroleh kelebihan yang dikurniakan oleh Allah dia merasakan dunianya menjadi gelap-gelita, jantungnya bergerak semakin kencang dan nafasnya semakin sesak.

Dia mula mencipta pelbagai kelemahan atau kekurangan saingannya itu bagi tujuan membalas dendam walaupun dia sebenarnya tidak pernah diganggu apatah lagi dianiyai oleh sesiapa.

Malah semakin teruk apabila dia mencipta fitnah bagi membuktikan dakwaannya itu benar tanpa diadili terlebih dahulu.

Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang bersalah dalam soal ini. Kita wajib percaya bahawa semua perlakuan kita di dunia ini akan di perhitungkan di depan Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam ini. Di kala itu manusia yang hanya mengikut hawa nafsunya itu akan menyesal sehabisnya disebabkan perlakuan kejinya di dunia dahulu.

"Alangkah baiknya ketika di dunia dahulu aku melakukan amal baik yang dapat menolong aku di alam yang kekal selama-lamanya ini," kata manusia zalim yang hanya mengikut hawa nafsu melakukan kedengkian terhadap saingannya. Penyesalan yang tiada berguna lagi lalu memuramkan mukanya kerana sudah terlihat azab di depan mata.

Sebagai manusia jujur yang hanya mengharapkan keredhaan seorang hamba daripada tuhannya kita tidak boleh lari dari si pendengki seperti ini walau ke mana sahaja kita pergi nescaya kita pasti bertemu watak dan jalan cerita yang serupa tetapi cuma berbeza pelakon yang melakonkannya saja.

Ke pejabat, ke pasar, ke kedai kopi, ke rumah kenduri, di tengah lautan, di atas angkasa bahkan hatta ke liang lahad sekalipun kita pasti bertemu dengan watak yang sedemikian rupa kerana ianya mudah dipraktikkan tanpa mengeluarkan wang ringgit atau keringat.

Bagi mereka yang diganggu oleh sipendengki ini pula sewajarnya menyerahkan segalanya kepada Allah Azza Wa Jalla kerana Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan kepadanyalah tempat kita dikembalikan.

Satu nasihat berguna yang dipegang oleh penulis sehingga hari ini ialah segala kedengkian yang dilontarkan itu menunjukkan bahawa kita mempunyai harga dan darjat. Kerana manusia tidak akan menendang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan terkena sasaran pendengki. Dengan kata lain, jikalau kedengkian yang diterima semakin kuat maka semakin tinggi pula harga diri kita.

Seorang pujangga bermadah:

Mereka tetap dengki padaku meski aku sudah mati,
sungguh aneh diriku,
kematianku pun mereka dengkikan.