Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Wednesday, May 27, 2009

Apa dah jadi kes rasuah Ali Rustam !~Malaysiakini

TG KUDIN

Sehingga kini tiada satu tindakan pun diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)terhadap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam walaupun laporan rasuah beliau telah dikemukakan sejak Mac lalu selepas didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno yang melarangnya bertanding Timbalan Presiden Umno.

Apakah SPRM mempetisejukkan saja laporan tersebut, di mana Pelan Integriti Nasional
(PIN)yang dihebohkan selama ini, adakah ianya satu lagi omong kosong daripada Umno/Bn bagi mengaburi mata rakyat Malaysia.

Kami rakyat Melaka mendesak SPRM menyegerakan siasatan terhadap Ali Rustam tanpa kompromi dan sekiranya wujud bukti yang kukuh perlulah di bawa ke mahkamah bagi diadili. Jangan biarkan pemimpin korup seperti ini merosakkan Melaka negeri yang bersejarah, bukankah Melaka berjaya dijajah pada 1511 disebabkan tindakan pemimpin yang rasuah, makan suap, tumbuk rusuk dan korup.

SPRM samapai bila kami ingin tunggu !