Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Tuesday, April 14, 2009

Bn masih terus lantik pemimpin ditolak rakyat- Malaysiakini




AYER KEROH - Barisan Kabinet yang diumumkan baru-baru ini masih meneruskan tradisi Barisan Nasional (BN) melantik menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang ditolak rakyat ketika pilihan raya.

Ahli jawatankuasa Penerangan Pas Melaka, Zaili Muhamad Imbiah berkata, pelantikan ini menimbulkan persoalan kepada rakyat sama ada BN kekurangan tokoh berwibawa sehingga terpaksa melantik enam senator baru bagi mengisi jawatan dalam Kabinet.

Sambil menamakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datin Paduka Chew Mei Fun, beliau berkata, persoalan itu akan timbul kerana daripada Ahli Parlimen BN melebihi 100 orang, enam individu ini dilantik sebagai senator untuk mengisi jawatan Kabinet.

“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) juga masih mengekalkan saiz Kabinet yang besar walaupun pada mulanya berjanji membentuk kabinet yang lebih kecil apabila mempunyai 28 menteri dengan 25 kementerian berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran sebelum ini.

“Akibatnya, berlaku kekeliruan atau pertindihan kerja di antara satu kementerian dengan kementerian lain kerana mempunyai fungsi dan tugas yang hampir sama. Contohnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang sepatutnya digabungkan bagi menggelakkan pembaziran wang rakyat,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Selain itu, Zaili berkata, Kabinet baru ini masih mengekalkan menteri-menteri atau timbalan-timbalan menteri yang lama walaupun mereka gagal menjalankan tugas dengan baik sebelum ini seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Johari Baharom dan Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

“Usaha pembersihan orang Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) turut dijalankan, di mana tidak melantik Khairy Jamaludin sebagai anggota Kabinet, sebaliknya calon Ketua Pemuda UMNO yang kalah, iaitu Mukhriz Mahathir dan Timbalan Ketua Pemuda iaitu Datuk Razali Ibrahim pula yang dilantik,” katanya.

Wednesday, April 8, 2009

Cadangan beri kebebasan bersuara - Malaysiakini

AYER KEROH – Cadangan untuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sewajarnya diteruskan bagi mencapai hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan ‘Satu Malaysia’.

Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Melaka, Zaili Muhamad Imbiah berkata, negara wajar mencontohi Indonesia selepas era Suharto, di mana media dibuka seluas-luasnya dan pelbagai sekatan dihapuskan untuk memberi peluang kepada rakyat mendapat maklumat benar dan tepat.

“Ini penting dalam pembangunan sesebuah negara supaya rakyat menjadi bijak dan matang dalam menentukan hala tuju sesebuah negara kerana jika tidak, proses kemajuan itu sendiri akan terbantut atau dihalang oleh masyarakat.

“Tetapi kebebasan media itu mestilah selari dengan Perlembagaan Negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara ini mengikut batas dibenarkan syarak. Ia juga harus sesuai dengan adab susila nilai ketimuran yang kita pegang selama ini,” katanya.

Beliau berkata, apa yang terjadi kini adalah dilihat terdapat segelintir media yang dijadikan alat mengongkong kebebasan bersuara.

“Ada media dijadikan alat oleh kerajaan untuk mengongkong kebebasan berfikir dan bersuara rakyat serta sebagai elemen membentuk persepsi mereka agar menyokong segala tindak tanduk kerajaan, walaupun bertentangan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan medianya, semalam.

Sementara itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sahaja perlu disemak, tetapi dimansuhkan terus kerana wujudnya pelbagai elemen dan ruang berlaku ketidakadilan terhadap rakyat negara ini.

Katanya, ISA digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan dan didakwa cuba menutup suara mereka yang tidak sehaluan.

“Dalam Islam kita diajar supaya berlaku adil terhadap apa sahaja tindakan kita di dunia ini, apatah lagi terhadap sesama manusia di mana Islam memberi kedudukan yang tinggi kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

“Tidak adil jika kita sewenang-wenangnya menahan seseorang tanpa melakukan proses perbicaraan yang adil dan dibuktikan kesalahannya mengikut selama mana yang kita suka. Ia dilihat tidak adil,” katanya.

Justeru Zaili mengharapkan kerajaan menghapuskan ISA bagi menunjukkan komitmen mereka dalam mengutamakan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan awam di negara ini.

Thursday, April 2, 2009

Ali Rustam kezut perut - Malaysiakini

TG KUDIN

Nampaknya Umno/Bn masih meneruskan kerja-kerja jijik dan hina dengan menggunakan segal peruntukan kerajaan bagi memancing undi dalam pilihan raya walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat namun ianya masih lagi tidak berubah bahkan bertambah teruk.

Bagi TG Umno memang muka tak tahu malu dan tiada maruah seperti jugalah Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam yang telah ditolak oleh Umno dalam pemilihan baru-baru ini tetap[i masih lagi ingin memegang jawatan tersebut.

Hari ini Ali mengeluarkan kenyataan membodek Najib kerana beliau sekarang berada dalam situasi yang begitu meruncing selepas Pak Lah mengundurkan diri. Beliau adalah orang Pak Lah jadi apabila nakhoda bertukar beliau terpaksa menukar sokongan kepada ketua yang baru pulak.

Inilah gara-gara terlalu perasan ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri, darah baru setampuk pinang, sebelum duduk sudah berlunjur akhirnya tersungkur di Batam. Alahai...


Ole-ole BN untuk 150 miskin tegar

Jimadie Shah Othman | Apr 2, 09 4:08pm

Rakyat miskin tegar di Bukit Gantang bakal menerima ole-ole besar sempena pilihanraya kecil kali ini apabila rumah berharga RM33,000 sebuah siap dibina pada tahun ini.

"Kita akan bina 154 buah rumah dan kita akan beri secara percuma (kepada golongan miskin)," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau, juga ketua penerangan Umno, mengumumkan bantuan itu di program ramah mesra kementeriannya di Kampung Air Tin, DUN Changkat Jering pada hari kelima kehangatan kempen pilihanraya kecil parlimen tersebut pagi tadi.

Ditemui selepas program tersebut, Muhammad menjelaskan projek bernilai RM500 juta itu sebahagian pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM7 bilion yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada Disember lalu.

Tambahnya, kerja-kerja pembinaan rumah tersebut yang dimulakan sejak bulan lalu itu sebahagian daripada 17,000 buah kediaman yang dibina di seluruh negara.

Muhammad berjanji akan memberikan perhatian kepada pihak yang “terlepas pandang” oleh kerajaan selama ini.

Sementara itu, mengulas dakwaan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa BN sukar mendepani jentera BN, Muhammad enggan mengulas, sebaliknya mendakwa "gerakan BN berjalan dengan baik".

"Saya fikir jentera BN bergerak di tempat masing-masing. Jentera (BN) di kampung ada, di bandar ada. Kita berharap jentera ini akan semakin digerakkan dengan bersungguh-sungguh kerana kita hanya ada lima hari lagi (sebelum pengundian)," katanya.

Calon BN Ismail Saffian berdepan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Khairul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April.