Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Saturday, May 30, 2009

Sebarkan - Malaysiakini

TAHUKAH ANDA

1- Dato’ Seri Mohd Ali Rustam perlu letak jawatan Ketua Menteri kerana mengamalkan rasuah.

2- Ketua Menteri didapati bersalah melakukan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno.

3- Akibatnya beliau dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada Pemilihan Agong Umno baru-baru ini.

4- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan siasatan tidak akan dilakukan kerana tiada laporan rasuah yang dibuat ke atas Ali Rustam.

5- PAS dan PKR Melaka telah melaporkan kepada SPRM tapi tiada sebarang siasatan ke atas Ali Rustam sehingga kini.

6- Usul DAP supaya Ali Rustam sebagai Ketua Menteri dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka telah ditolak tanpa dibahaskan baru-baru ini.

TETAPI

1- Beliau masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

2- Beliau masih dikekalkan sebagai Ketua Perhubungan Bn/Umno Melaka.

3- Beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Sebagai Rakyat Melaka Adalah Menjadi Tanggungjawab Kita Semua Untuk Menolak Pemimpin Yang Rasuah:

1- Pemimpin yang rasuah ditolak oleh semua agama.

2- Rakyat hilang keyakinan terhadap kredibiliti, akauntabiliti dan integriti pemimpin yang rasuah.

3- Pelabur juga hilang keyakinan dan meningkatnya pengangguran di kalangan penduduk Melaka.

4- Pemimpin rasuah memberikan contoh yang buruk kepada generasi muda seperti kata pepatah “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.

5- Pemimpin rasuah akan menghancurkan agama,bangsa dan negara.

6- Pemimpin rasuah menyebabkan meningkatnya gejala sosial dan mengancam keselamatan serta kesejahteraan rakyat.