Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Sunday, August 24, 2008

Minyak turun macam tak ada - Malaysiakini

Harga petrol RON97 turun 15 sen

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter. Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.

TG KUDIN

Bagi saya ini adalah harga minyak pilihan raya kecil Permatang Pauh yang menunjukkan bantahan rakyat dan kesedaran tinggi rakyat untuk melakukan perubahan telah mengegau Umno-Bn yang akhirnya terpaksa akur untuk menurunkan harga minyak ketika menjelangnya hari pengundian.

Namun apa yang dikesalkan bahawa penurunan harga minyak ini terlalu sedikit, ianya langsung tak memberikan kesan atau membantu rakyat kebanyakan seperti pesawah, penoreh getah, nelayan, pekerja kilang dan buruh. Kerajaan seolah-olah tidak ikhlas dalam tindakannya dan rakyat masih boleh mempersoalkan mengapa kenaikan begitu tinggi tetapi penurunan begitu rendah dan lembap.

Sebelum ini kerajaan membayangkan akan menurunkan minyak pada September tetapi kenapa secara tergesa-gesa diturunkan sekarang, ini sebenarnya tak lain ialah untuk menarik sokongan pengundi di Permatang Pauh yang diperolehi melalui risikan bahawa Anwar mendahului Arif dengan majoriti yang besar.

Teruskan berjuang Dato' Seri dalam mencapai matlamat untuk menjadikan 16 September tarikh keramat perubahan negara dari kerajaan Bn kepada kerajaan rakyat. Semoga berjaya!