Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Sunday, August 17, 2008

Saiful dah bersumpah

TG KUDIN

Terkejut saya ketika berjumpa dengan seorang kawan tempohari ketika di majlis perkahwinan rakan sekerja di mana beliau memberitahu saya bahawa Saiful dah bersumpah "Amacam Saiful dah bersumpah?," katanya kepada saya.

Melalui pertanyaan dah nada yang dituturkan itu menunjukkan bahawa beliau menyetujui tindakan yang dilakukan oleh Saiful dan mengganggapnya sebagai sebahagian daripada syariat Islam.

Saya memang memaklumi bahawa kefahaman Islamnya tidaklah begitu tinggi walaupun beliau mempunyai pendidikan bertaraf ijazah. Kerana beliau mendapat pendidikan di sekolah sekular yang tidak begitu menekankan pembelajaran Islam.

Jadi bagaimana pula dengan mereka yang d iluar sana yang sama dengan kefahaman kawan saya ini atau lebih kurang lagi kefahamannya, ini yang merunsingkan saya kerana kejahilan masyarakat masakini sudah hampir sampai ke klimaksnya.

Peranan yang perlu dimainkan oleh kita bukan sekadar memberi penerangan berkenaan perkara yang sebenarnya berlaku bahkan mesti juga menyedarkan mereka bahawa sumpah si Saiful itu bukan dari ajaran Islam seperti yang ditegaskan oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi.

Walaubagaimanapun Saiful sudah bersumpah dan dia akan menanggung segala bala dan badi akibat sumpahnya itu, sebelum terlambat bertaubatlah Saiful selagi pintu taubat masih terbuka.