Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Friday, July 3, 2009

Syabas DAP Melaka - Malaysiakini

TG KUDIN

Saya ucapkan syabas kepada DAP Melaka di atas kejayaan mereka mendaftarkan pengundi baru hampir 1,000 orang dalam jangka masa sebulan mereka mengadakan kempen pendaftaran pengundi baru di Bandar Melaka khususnya.

Mereka membuka kaunter setiap hari kecuali hari isnin di beberapa tempat tumpuan orang-ramai seperti di pasar malam dan Jonker Walk iaitu dari 6.30 hingga 7.30 malam yang diketuai pimpinan DAP negeri termasuk Adun-Adunnya.

Kejayaan mereka itu membuatkan Umno Melaka bimbang lalu mereka cuba mempergunakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Polis bagi menghalangnya tetapi gagal kerana ianya tidak melanggar undang-undang dan dilantik sebagai agen oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini memaksa mereka bertindak ganas dengan mengugut dan memprovokasi untuk mencetuskan pergaduhan.

Namun DAP tidak mengalah dan bertekad meneruskannya serta melangkah setapak lagi sambil mengajak rakan dalam PR bersama-sama mendaftarkan pengundi.

Saya tak nak mengulas mengenai kekurang-ajar Umno itu tapi keberhasilan pendekatan yang dilakukan DAP untuk mendaftarkan pengundi itu yang buat saya kagum dan wajar dicontohi rakan PR yang lain PAS dan KeADILan Melaka.

Pertama saya lihat kejayaan kempen itu disebabkan pemimpin utamanya sendiri yang turun padang berkempen seperti Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan Adun DAP Melaka yang lain bersama-sama menjaga kaunter dan melayan orang-ramai. Mereka tidak segan dan kekok malahan begitu ramah mesra pula.

ke dua srategi mereka tepat, profesional dan dirancang begitu baik dengan membuka kaunter di tempat tumpuan orang-ramai di Pasar Malam dan Jonker Walk di mana ianya memudahkan mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi mendaftarkan diri sebelum ini. Mereka tidak menunggu orang-ramai sebaliknya mereka pergi ke tempat orang-ramai.

Ke tiga mereka tabah dan cekal walau cuba dihalang dan diganggu mereka tetap meneruskannya kerana berani kerana benar dan yakin ianya merupakan satu daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Ke tiga-tiga perkara ini perlu difikirkan oleh rakan PR Melaka yang lain dan patut dicontohi jika ingin berjaya mendaftarkan pengundi baru seramai yang boleh. Ini disebabkan peratusan pendaftar baru akan mengundi kita pada pilihan raya adalah tinggi sekiranya kita berjaya mendaftarkan mereka.

Jika PAS Melaka ingin berjaya seperti mereka perlulah mengikut pendekatan seperti mereka atau cara yang lebih baik lagi bukannya seperti yang dipraktikkan sekarang ini.

Persoalanya bolehkah PAS Melaka melakukan sedemikian rupa dan bolehkah PAS Melaka berubah.