Generasi Parameswara

Mata pena lebih tajam daripada Pedang..............

Tuesday, August 26, 2008

Teruskan melangkah DSAI - Malaysiakini

TG KUDIN

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendapat majoriti 15,671 undi di dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, beliau mendapat 31,195 undi, manakala calon Bn Dato' Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat cuma memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon Bn, Dato' Firdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak PRU 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket Bn sejak 1982.

Ini bermakna Anwar memperolehi peningkatan majoriti undi sebanyak 2,273 undi dan sekaligus melenyapkan angan-angan Mat Jenin Khairy untuk menguburkan politik Anwar di sini.

Itulah sebabnya tiada seorang pun ayam tambatan Umno yang begitu kuat berkokok sebelum ini seperti Firdaus, Ezam dan Khairy yang berani untuk bertanding di Permatang Pauh kerana mereka sudah mengetahui bahawa kekalahan teruk yang bakal menanti di sana.

Maka yang terpaksa menjadi 'Pak Sanggup' ialah Arif Shah, Adun Seberang Jaya kerana sekiranya dia kalah tidak begitu memalukan disebabkan beliau masih lagi Yang Berhormat untuk kerusi Dun berbeza dengan calon lain seperti Firdaus mahupun Ezam.

Manakala Khairy pula sudah tentu ingin menjaga popularitinya yang belum kalah di dalam pertandingan pilihan raya walaupun kemenangan beliau di Rembau itu penuh dengan kontroversi mahupun melalui perebutan kuasa di dalam Umno di mana beliau diberikan laluan mudah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Umno atas tiket 'Bapak Mertuaku'.

Teruskan melangkah DSAI untuk menuju ke Putra Jaya, kuatkan semangat, tabahkan hati dan serahkan segalanya kepada Allah. Anggaplah segala kepayahan, kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditempuh selama ini hanyalah merupakan sebagai pelengkap kepada kejayaan yang dicita-citakan.

Kemenangan hari ini juga sebenarnya menjadi momentum baru kepada perjuangan untuk menegakkan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini, sinar terang di hujung jalan sudah kembali bercahaya memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran.

Marilah kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah hebat hari ini, jangan kita lepaskan peluang yang berada di depan mata kini, untuk dikenang oleh generasi akan datang sebagai agen pembaharuan ke arah masyarakat Malaysia yang lebih bertamadun dan bermaruah bagi menjamin kesejahteraan hidup kita bersama.

Monday, August 25, 2008

PPIM jangan jadi kuda tunggangan Bn - Malaysiakini

TG KUDIN

Suasana politik semakin tidak menentu akhir-akhir ini sehingga memaksa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu sebuah NGO non-partisan yang selama ini dilihat cuba mengenengahkan sikap naturalnya yang tiada menyokong kepada mana-mana pihak kini mula menangguk di air keruh.

Saya kasihan melihat sebuah NGO yang diwakili golongan intelektual Islam mengatakan bahawa mereka keliru dan bimbang dengan situasi fitnah yang begitu berleluasa dalam negara kita ini.

Lalu mereka mengajak semua yang terlibat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang, TG Dato' Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya bermunajat kepada Allah memohon petunjuk bersolat hajat dan membaca Yaasin agar dijauhkan Allah dari bala.

PPIM gagal membezakan yang mana satu fitnah dan yang mana satu kebenaran sungguh kasihan..., malah masih tergiang lagi ditelinga saya ketika debat yang dihadiri oleh Setiausaha Agungnya Dato' Dr Ma'amor Osman di RTM 1 sedikit masa dahulu di mana beliau beria sangat mempertahankan tindakan kerajaan Bn menaikkan harga minyak.

Bertambah kasihan lagi apabila saya mengenangkan tanggungjawab PPIM yang kononya diwujudkan bagi melindungi pengguna Islam bagi mendapatkan hak mereka diabaikan. Apa dah jadi pada kempen memboikot barangan Yahudi, Amerika dan Belanda yang heboh suatu ketika dulu, setahu saya makin melambak barangan keluaran musuh Islam ini di pasaran.

Nasihat saya lebih baiklah PPIM memfokuskan kerja dan tanggungjawabnya kepada hal yang berkait-rapat dengan matlamat penubuhannya. Sekiranya PPIM berminat untuk berpolitik tunjukkanlah wajah sebenar kamu samada di pihak Bn atau Pakatan Rakyat dan berpolitiklah seperti anak jantan!

Janganlah berpolitik seperti musang berbulu ayam, baling batu sembunyi tangan, rela diperkudakan serta diliwat oleh golongan rakus serta berkepentingan kerana ditakuti kelak digelar orang 'musang berjanggut' akhirnya malu sendiri mana nak letak muka.

Sunday, August 24, 2008

Minyak turun macam tak ada - Malaysiakini

Harga petrol RON97 turun 15 sen

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter. Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.

TG KUDIN

Bagi saya ini adalah harga minyak pilihan raya kecil Permatang Pauh yang menunjukkan bantahan rakyat dan kesedaran tinggi rakyat untuk melakukan perubahan telah mengegau Umno-Bn yang akhirnya terpaksa akur untuk menurunkan harga minyak ketika menjelangnya hari pengundian.

Namun apa yang dikesalkan bahawa penurunan harga minyak ini terlalu sedikit, ianya langsung tak memberikan kesan atau membantu rakyat kebanyakan seperti pesawah, penoreh getah, nelayan, pekerja kilang dan buruh. Kerajaan seolah-olah tidak ikhlas dalam tindakannya dan rakyat masih boleh mempersoalkan mengapa kenaikan begitu tinggi tetapi penurunan begitu rendah dan lembap.

Sebelum ini kerajaan membayangkan akan menurunkan minyak pada September tetapi kenapa secara tergesa-gesa diturunkan sekarang, ini sebenarnya tak lain ialah untuk menarik sokongan pengundi di Permatang Pauh yang diperolehi melalui risikan bahawa Anwar mendahului Arif dengan majoriti yang besar.

Teruskan berjuang Dato' Seri dalam mencapai matlamat untuk menjadikan 16 September tarikh keramat perubahan negara dari kerajaan Bn kepada kerajaan rakyat. Semoga berjaya!

Wednesday, August 20, 2008

Kerajaan Rakyat

TG KUDIN

Suasana politik negara yang semakin tegang sejak akhir-akhir ini mengundang keresahan di kalangan pelbagai pihak kerana bimbang menjadi mangsa seperti kancil yang tersepit ditengah-tengah pergaduhan antara dua ekor gajah.

PAS yang baru sahaja selesai bermuktamar pada 17 Ogos lalu di mana berjaya merumuskan beberapa pendekatan baru yang lebih menyerlahkan ketegasan PAS kepada prinsip perjuangan sebenar bahawa ianya tidak boleh dijual-beli iaitu ingin menjadikan Islam sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang bertamaddun serta bermaruah.

Seterusnya menjadikan Islam sebagai perlembagaan yang tertinggi sekali di negara ini, bahkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan keluar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dibentuk pada 16 Sept ini sekiranya Islam diketepikan atau Islam ditolak sebagai asas pembentukan kerajaan tersebut.

Ketua Umum KeADILan juga turut mengakui hal itu malah bersetuju dengan mengatakan bahawa PAS tentu tidak boleh menerima kerajaan baru itu jika Islam yang menjadi agama rasmi negara ini seperti yang termaktub di dalam perlembagaan dikesampingkan.

Saya berpendapat dalam hal ini perlu diperhebat dan diperincikan lagi ciri-ciri kerajaan yang akan dibentuk itu agar tidak ada pihak yang akan merasa tersisih kelak atau dipaksa menerima suatu perkara yang bertentangan dengan prinsip perjuangan mereka.

Jalan ke Putrajaya sudah semakin hampir dan ianya akan menjadi realiti bukan sekadar fantasi seperti yang dimomokkan oleh Bn, untuk itu kita perlulah mempersiapkan diri untuk mengisi kejayaan tersebut kelak.

Parti-parti Pakatan Rakyat mestilah memberi penerangan kepada semua ahli di semua peringkat agar mereka tidak cepat melatah apabila berhadapan dengan pelbagai situasi nanti, maklumlah baharu masuk rumah baru mestilah kedengaran riuh-rendah ketika sibuk menyusun kerusi-meja atau pinggan-mangkuk dan sebagainya.

Walaubagaimanapun saya mendoakan agar kerajaan yang akan dibentuk pada 16 Sept kelak tidak meminggirkan kesulitan rakyat seperti yang dilakukan oleh Bn dan antara perkara yang perlu diberi perhatian segera ialah menurunkan harga minyak serendah yang boleh bagi meringankan kesusahan rakyat. Semoga berjaya.

Sunday, August 17, 2008

Saiful dah bersumpah

TG KUDIN

Terkejut saya ketika berjumpa dengan seorang kawan tempohari ketika di majlis perkahwinan rakan sekerja di mana beliau memberitahu saya bahawa Saiful dah bersumpah "Amacam Saiful dah bersumpah?," katanya kepada saya.

Melalui pertanyaan dah nada yang dituturkan itu menunjukkan bahawa beliau menyetujui tindakan yang dilakukan oleh Saiful dan mengganggapnya sebagai sebahagian daripada syariat Islam.

Saya memang memaklumi bahawa kefahaman Islamnya tidaklah begitu tinggi walaupun beliau mempunyai pendidikan bertaraf ijazah. Kerana beliau mendapat pendidikan di sekolah sekular yang tidak begitu menekankan pembelajaran Islam.

Jadi bagaimana pula dengan mereka yang d iluar sana yang sama dengan kefahaman kawan saya ini atau lebih kurang lagi kefahamannya, ini yang merunsingkan saya kerana kejahilan masyarakat masakini sudah hampir sampai ke klimaksnya.

Peranan yang perlu dimainkan oleh kita bukan sekadar memberi penerangan berkenaan perkara yang sebenarnya berlaku bahkan mesti juga menyedarkan mereka bahawa sumpah si Saiful itu bukan dari ajaran Islam seperti yang ditegaskan oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi.

Walaubagaimanapun Saiful sudah bersumpah dan dia akan menanggung segala bala dan badi akibat sumpahnya itu, sebelum terlambat bertaubatlah Saiful selagi pintu taubat masih terbuka.

Monday, August 11, 2008

Isu Majlis Peguam, Zaid Ibrahim perlu letak jawatan

Zaili Muhammad

MELAKA, 12 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim, supaya meletak jawatan kerana kegagalan beliau menghentikan program yang dianjurkan oleh Majlis Peguam baru-baru ini.

"Saya menggesa supaya Dato' Zaid Ibrahim meletakkan jawatan kerana kegagalannya memberikan nasihat kepada Majlis Peguam supaya menghentikan program-program yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti penganjuran Forum Memeluk Islam minggu lalu," kata Sofi.

Forum tersebut yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah mendapat bantahan umat Islam minggu lalu.

Menurut beliau, Zaid Ibrahim seolah-olah setuju dengan pendirian Majlis Peguam yang beriya-iya benar ingin mempertikaikan undang-undang dan perlembagaan negara bersabit dengan isu memeluk Islam, hak penjagaan kanak-kanak dan mahkamah syariah.

"Jelas sekali sejak dari dahulu Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan kewujudan dan hak Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes berkaitan orang Islam dan kekeluargaan Islam dan apa yang dikesalkan Zaid membisu seribu bahasa dalam hal ini sedangkan dalam hal-hal yang lain Zaid begitu lantang bersuara.

"Zaid sebagai menteri sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam," katanya.
Beliau seterusnya menambah, malang sekali di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.

Beliau bertanya, "di mana kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang."

"Memang tidak dinafikan Zaid merupakan antara penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun kita berharap sebagai menteri, Zaid lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam.

"Jangan nanti menteri pun turut sama bersekongkol menentang undang-undang dan perlembagaan negara yang telah lama termaktub," ujarnya.

Beliau juga kesal kerana Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam. - mks.

TG KUDIN

Tg juga turut kesal ke atas apa yang berlaku hari ini, seolah-olah wujud satu percubaan terancang bagi menggangu-gugat Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mereka yang cuba bermain dengan api ini perlu sedar bahawa usaha sebegini akan melebarkan lagi jurang perbezaan antara agama yang berkemungkinan akan mencetuskan satu suasana yang tidak mampu kita tanganinya.

Golongan ini perlu menerima hakikat bahawa perkara yang melibatkan agama Islam biarlah orang Islam yang menentukannya, bukanlah golongan yang jahil dan bukan Islam yang cuba untuk menunjukkan kepada orang Islam bagaimana cara melaksanakan Islam.

Semuanya ini sebenarnya berpunca daripada penguatkuasaan syariat Islam yang terlalu lemah di pihak kerajaan Umno-Bn walaupun selepas 50 tahun merdeka mereka masih lagi mengikut dan mewarisi telunjuk penjajah.

Sepatutnya usia yang sebegini matang Malaysia sudah mampu berdiri sendiri sebagai sebuah negara yang kukuh dan hebat di mata dunia, bahkan sudah mempunyai jatidiri sendiri berpaksikan identiti Melayu-Islamnya.

Thursday, August 7, 2008

Saiful akan diliwat oleh ???

Saiful tidak diliwat - Dr Mohamed

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malaysiakini melaporkan,Dr Mohamed yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.
Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur, sebelum membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed. Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada pihak media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara sebut.
Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Saiful. - mks.


TG KUDIN

Memandangkan pihak Anwar telah mengemukakan hujah dan fakta bahawa Saiful tidak pernah diliwat manakala pihak hospital kerajaan juga mengemukakan fakta bahawa Saiful telah diliwat ini menimbulkan persoalan siapakah yang benar dalam hal ini.

Saya mencadangkan agar ianya adil kepada ke dua-dua belah pihak supaya secara bersama memeriksa Saiful sekali lagi samada beliau sudah diliwat atau belum.

Saya pasti kali ini Saiful pasti akan diliwat bagi mengiakan atau bagi mengadakan bukti bahawa tuduhan beliau itu adalah benar tapi tidak tahu siapa yang akan meliwatnya dan yang jelas sudah tentu bukan DSAI kerana Saiful kini dalam kawalan polis.

Saiful mungkin fikir setakat memfitnah DSAI sahaja tidaklah sampai membiarkan dirinya diliwat tetapi jika ditakdirkan jalan cerita ini menjadi sebahagian daripada kronologi kisah liwat 2 ini sungguhlah malang nasib mu wahai anak muda, barulah kau tahu kini siapa peliwat yang sebenar.